Nuffnang Ads

Tuesday 7 July 2020

Keguguran untuk 2nd Pregnancy

Assalamualaikum w.b.t

Hi readers.

Lama tidak update Blog, bersawang nampaknya.

Selepas beranak Danish dulu, saya berjarum merancang kehamilan tetapi kesan-kesan yang saya rasa berjarum ini sgt tidak selesa contohnya badan sentiasa lesu, hormon pun tidak menentu, period langsung tidak datang. Stress selalu. Paling worst ialah tiada rasa ingin bersama suami (ini betul2 merancang hahahaha).

Saya berhenti berjarum merancang kehamilan pada Mac 2019 dan 6 bulan selepas itu baru period datang balik.

Saya diet kurang gula dan minum supplement Herbalife sejak Nov 2019 yang lalu dan period jadi tetap dan badan rasa sedikit sihat berbanding ketika merancang berjarum tu.

Tapi bila stop merancang ni, pandai terbabas hahaha dan bulan Februari 2020 period tidak datang.

Awal Mac dulu saya check test kit dan dapat double line. Alhamdullilah, mengandung second baby selepas balik dari outstation di Semporna (Siap mandi laut, dakit bukit etc).

Saya buka buku di Klinik Kesihatan Menggatal dan review seperti biasa. Tapi malangnya masa review, doktor kata tidak nampak baby, hanya nampak kantung yang kosong.

Perasaan sangat risau dan sedih.

Saya ke Rafflesia Hospital semula jumpa Dr Rani dan beliau scan daripada bawah (Transvaginal Scan) dan hasil keputusan scan tersebut , ya betul...baby tidak membesar...

Gmbar Scan Rafflesia


Baby nampak samar2 dengan saiz 6 minggu sahaja (sepatutnya 14 minggu) dan Dr Rani advise untuk cuci rahim kerana baby tidak menjadi.

Saya ke KKIA Menggatal semula dan doktor advise tunggu sehingga janin gugur sendiri.

Pada masa PKP 26 April saya mula pendarahan sedikit tetapi tidak rasa sakit.

Pada 29 April rasa sakit semakin kuat, seolah2 perut cramp dan rasa sakit mcm mau beranak pun ada juga. habis darah kuar byk sampai tembus pad dan saya ke Hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas dan Doktor di sana keluarkan janin sebesar genggaman tangan bayi.

Sedih tapi redha. Ada hikmah disebaliknya. Allah akan berikan yang lebih baik buat hambanya.

Buat yang mengalami pengalaman seperti saya mungkin boleh merujuk contoh bacaan seperti link ini

http://drzubaidi.com/blog/hanya-nampak-kantung-saja/

Persoalan tersebut sama seperti yang saya alami.

Fairuz Saidi
8 Julai 2020.