Nuffnang Ads

Monday 13 February 2017

Pengesahan Pregnant

Assalamualaikum w.b.t
Entri pasal hari tu jumpa doktor masa 8hb Feb 2017 :)

Sepatutnya hari tu 5hb sampai 8hb Feb tu Outstation jalan darat ikut big boss..tapi memandangkan sudah cek UPT positif, jadi saya minta excuse bos untuk balik awal ke KK dan dapat..big boss bagi balik awal ke KK naik flight dari LD 7hb tu..

pastu sampai saja KK badan rasa x larat selsema demam semua datang..sakit badan ya ampun..plan ke RMC 9hb dgn husband..tapi oleh sebab x tahan sakit badan, 8hb tu pergi la RMC..jumpa doktor Rani..

Sampi ja klinik, doktor senyum2 tanya ada good news ka? saya bagitau la ada cek UPT dan dapat positif..doktor tanya last period bila..8hb Jan..oh awal lagi kata doktor..kalau scan x nampak lagi..tpi confirmkan la guna test darah...

aku pun test darah la..doktor suru datang balik ambik result 3.30pm..time tu baru 10.30 pagi..mak aih lamanya mau tunggu...dapat MC tp mau datang balik 3,30 tu mmg lama la dgn sakit badan mengantuk demam selsema semua ada. saya pun balik ofis, sakit2 kepala siapkan slide mesyuarat...dalam jam 2.30 jalan semula ke RMC..

Result Darah : Positif pregnant

Result suda ada jam 3 tu..doktor panggil masuk dan senyum...GOOD NEWS kata doktor...sah pregnant...yeayyyy :) kalau kira dari hari pertama period terakhir tu, dalam 4 minggu usia kandungan.




Doktor bagi ubat 
a. Folic acid
b. Piriton untuk selsema
c. Ubat batuk
d. Duphaston - ubat kuat rahim untuk sebulan. Doktor cakap kena makan sampai weeks 16
e. Aspirin

Doktor cakap kalau ada panadol dekat rumah, boleh minum.

Lepas jumpa doktor terus balik rumah...minum ubat dan tidur...

Ok Kos jumpa dktor RM94 (termasuk caj test darah) + RM55 (byr cash dgn doktor) + RM258 (ubat sahaja)....OMG melayang2 wang kertas....

hari ni 14 februari...masalahnya selsema saya dan batuk2 x hilang2 lagi..ubat dah hbs minum...hmmm..smlm pening2..gusi sakit la pulak...

Fairuz Saidi

Saturday 4 February 2017

Rawatan Kesuburan Berhasil-UPT Result Hari ke-28

Assalamualaikum w.b.t

Entri hari ini pasal keputusan UPT yang saya buat pada hari ke-28 dan ke 29 4 Februari 2017 :)

Mode menulis adalah sangat happy mau post sini yang result UPT saya adalah POSITIF:)


Ok yang ni UPT strip yang pertama saya test semalam. 

Mula2 macam negatif, sbb mcm tiada line tpi lepas beberapa saat tu perlahan-perlahan keluar line kabur-kabur almost x nmpk pun..mula ragu2 sekejap. snap dan hantar dgn Husband. dia ckp mcm ada line. x puas hati lagi, forward pulak dgn Nadiah, dia ckp mcm ada. dulu dia pun mcm tu katanya bila dia test hari ke29. dia tanya hari ni hari keberapa, saya bagitau lah hari ke28..  pastu nad ckp, test la dgn Clear Blue Digital..

Saya siap tnya dgn Nad, mcmana ruopanya stirp baru yg belum guna. Putih bersih ka. Nad ckp putih bersih. saya x puas hati trus buka yg bru 1 lagi utk compare
haha, yg bwh putih bersih tu UPT Baru belum guna. lpas compare cpt2 msuk kotak balik.

mula2 ingat mau test lagi guna Clear Blue tu esok paginya sbb takut membazir kalau test lg nti x accurate sbb bukan kencing pertama lepas bangun tidur. tap oleh sebab tidak sabar mau cek dgn Clear Blue Digital tu, saya nekad untuk test semula jam 2 ptg tu. dan hasilnyaaa tadaaaa


Result Pregnant 1-2

maksudnya 1-2 weeks ago saya conceived..wahh happy walaupun menunggu Clear Blue tu kluar result mak aih bukan main lama lagi. 

terus whatsapp husband. haha.

tapi masih lagi ragu2 tu. whatsapp Nad lagi.

Oleh sebab untuk pengesahan lagi, hari ni hari ke29 since sudah beli 2 strip yg jenama Dip n Tell FOr Irregular Period tu, saya celup semula UPT strip kedua tu..


                         dan hasilnya mcm terang sikit dr smlm pnya tapi still kabur2 lgi.

Hehehe happy nyaa...cuma skrg kena berjaga-jaga untuk trimester pertama dan juga oppps belum pergi cek sahkan dengan doktor lagi ni huhu..9hb Feb baru dpt jumpa doktor Rani di Rafflesia.


Malam ni kena outstation dlu ke Tawau, Ld, Sandakan, Ranau huwaaaaa..

Mudah2an semuanya selamat aminn..

Semalam timbang sebelah ptg, ehh berat x naik. Masih 76.6kg..weird..sbb saya kuat makan 2 minggu ni ehehe

Fairuz Saidi

Monday 23 January 2017

Rawatan Kesuburan Part 7 - Keputusan Telur Selepas Pengambilan Clomid

Assalamualaikum w.b.t

Entri ditulis agak lewat sepatutnya post pada 19 Jan 2017 (Khamis) yang lalu selepas jumpa doktor tapi agak kemalasan dan kesibukan (konon) jadi post la hari ini hahaha.

19 Jan 2017 yang lalu adalah hari ke-12 cycle saya. Oleh itu, saya dan suami pun ke Rafflesia Medical Centre sebelah petang, temujanji dengan Dr Rani jam 2.45pm. Selepas lunch terus ke RMC, syukur senang dapat parking. Area ni parking agak terhad.

Lepas register di kaunter, nurse panggil untuk timbang berat dan cek tekanan darah. Yeayy berat turun tapi naik balik haha. 77.3KG masa ditimbang tu. So total lost kilo saya cuma 3.5kg dalam rekod doktor. Tekanan darah rasanya normal, 133/77.

Lepas tu doktor panggil masuk bilik. Doktor tanya ada makan clomid ikut timing yang diarahkan atau tidak, saya jawab ya ada. Doktor semak result air mani suami, katanya GOOD, Suami tiada masalah :) . Doktor tengok result progesterone, then doktor cakap ok confirm masalah hormon dihujung-hujung tu telur susah dikeluarkan. Hmmmmmmm..

Lepas tu doktor suru pergi buang air kecil dulu, lepas tu baru cek scan keadaan telur guna TVS (entah betul ka tidak nama alat tu).

Doktor masukkan alat tu dan teropong keadaan langsir rahim, doktor kata ok GOOD, Rahim dah ready untuk conceive. Syukuurr dalam hati hihi.

Doktor cek telur pulak di ovari kanan, dan doktor cakap lagi ok good, ada dua telur besar 16mm. Mungkin akan pecah lagi dua hari. Happy nya doktor, saya happy tapi masih blur hahahah.

Apa pasal x boleh rotate gambar ni hahaha. kalau x jelas sila zoom ya kwn2.opps jangan salah faham, itu baru telur belum jadi lagi hehe

Lepas tu doktor scan ovari sebelah kiri pulak, doktor terus cakap wow ada 1 telur yang lagi besar dekat kiri. This telur maybe akan pecah malam ini atau esok.

Ok, so mula bersama seks dengan suami mula hari ke 13, 14, 15, dan 16.

Doktor tanya kalau saya mau hormon, dia boleh bagi tapi mungkin agak mahal. Saya tanya berapa, doktor bising pulak, ''jangan tanya la berapa saya tak tau'' dia cakap. hahaha. Lepas tu doktor cakap, oh boleh juga u try dulu secara natural. 

"Lepas missed period, datang jumpa balik". Pesanan doktor sebelum kami balik. 

hihi saya dan suami pun happy dengar tapi x boleh terlalu berharap juga sebab ada terbaca ramai juga yang dapat telur yang matang tetapi tidak dapat disenyawa. hmmm tidak apa, usaha tangga kejayaan. Jadi kena berusaha hahahaha.

Kos hari ini RM116 semua sekali bayar di kaunter bil. Nasib baik tiada caj extra lagi hehehe sebab doktor kata bayar dikaunter kalau nak resit.

Update berat badan: Masih tidak berubah 76.6KG

Fairuz Saidi
TTC

Thursday 12 January 2017

Rawatan Kesuburan Part 6 - Keputusan Husband

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini ke Klinik Luyang untuk ambil result ujian air mani Encik Suami.

Drive dari Sepanggar 8.45, sampai Klinik Luyang jam 9.20 terus ambil nombor giliran dan dapat no giliran jam 9.25 untuk bilik no 8. Kami menunggu dengan penuh tabah sehinggalah jam menunjukkan jam 11.35am......hmmm 2 jam jg menunggu.

Hasil ujian adalah normal, syukur alhamdulillah. Doktor nasihatkan kalau mau buat rawatan kesuburan, jangan campur-campur doktor dan tempat rawatan. Kalu mau buat di Rafflesia, teruskan di sana. Kalau di kerajaan teruskan di kerajaan. Doktor tu tanya juga sapa nama Dr di Rafflesia, saya bagitau nama Dr Rani..ooo kata doktor, bekas doktor kami juga tu di Hospital Likas, ok tu dia..syukur lega hati dgr..hehe

Jadi doktor pun bagitau teruskan saja di Rafflesia, tanya next step, samada buat IUI di sana (berbayar mahal) atau minta refer di Hospital Likas (free). Jika kena buat IVF, RM10K di Hospital Likas. Keputusan husband normal, so tggu Dr Rani cek la untuk keputusan rawatan Clomid. Boleh bersama bermula hari ke-12 ke atas..tapi mula skrg pun boleh kata doktor tu hahaha.

Gambar keputusan ujian suami hehe..

Kos hari ini : free

Update berat badan
6 Dis 2016 : 80.8KG
13 Jan 2017 : 77.2KG
Penurunan : 3.6KG yeayyyyy

Fairuz Saidi

Monday 9 January 2017

Rawatan Kesuburan Part 5 - Period datang dan Clomid

Assalamualaikum w.b.t

8hb Januari 2017 saya datang period hari pertama. kalau ikut kiraan cycle d apps My Calendar (apps utk catatan haid dan jangkaan period) saya period awal 9 hari dari yang dijangkakan. hmm bgs la kan hehe.

oleh itu, pada 9hb Januari 2017 saya mula makan ubat hormon Clomid yang di beri oleh Dr Rani hari tu, sebanyak 2 biji setaip hari bermula hari ke-2 period sehingga hari ke-6. 1 biji dos 50mg, maksudnya dua biji 100mg la sehari. byk jg kan.

Dari pembacaan, rawatan ubat clomid tidak boleh melebih 6 kali kitaran haid.

Oleh sebab period sudah datang, saya akan ke Klinik Luyang pada Jumaat 13hb Januari 2017 untuk semak keputusan air mani suami hari itu. dan mendapatkan laporan untuk di bawa ke Rafflesia Hospital.

Temujanji saya pada 19hb Januari 2017 2.45 pm di Rafflesia Medical Centre.

Mudahn2 dapat telur yang matang dan sbur hehehe.

Kemaskini berat badan:

Berat pada 6 Dis 2016 (ditimbang di RMC) = 80.8KG
Berat pada 10 Jan 2017 (ditimbang d rumah) = 78.2KG
Jumlah penurunan berat badan = 2.6KG

Syukuurrrr... long way to go!! Chaiyo3x

Fairuz Saidi