Nuffnang Ads

Wednesday 7 December 2016

Rawatan Kesuburan Part 4 - Sampel Suami Klinik Kesihatan Luyang - 8 Dis 2016.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini hari untuk hantar sample Mr Suami ke Klinik Kesihatan Luyang.

Kami bangun awal hari ini hahaha sebab jalan sangat jammed kalau lambat, lepas tu kena kejar timing awal pagi untuk hantar sample tu.

Kami datang bawa botol sample yang telah diberi masa datang pertama kali hari tu, n borang yang diberikan dulu juga. Sampai Klinik, suami pergi kaunter sampel. Kata nurse, terus ja pergi ambil sampel dan hantar dalam tempoh 1 jam pengambilan sampel.

Hahaha kami pun maencari la tandas sekeliling klinik (suami pun tumpang tandas kakitangan awam kuikuikui).


Ehmm lepas siap dapat sample semen tu, terus hantar masuk dalam Bilik Makmal Patologi tu. Ok, result tunggu 2 minggu dari tarikh penghantaran. Kalau 2 minggu maksudnya kena datang balik jumpa doktor pada 29 Dis (oh tapi kami balik Keningau), so saya target 5 Jan untuk datang semula jumpa doktor.

Mudah-mudahAn semuanya O.K!

Ok, hari ini Zero cost.

Sekian.

Fairuz Saidi
TTC

Permulaan diet untuk dapatkan berat badan ideal - Clenx Tea

Assalamualaikum w.b.t

Tulisan dibuat untuk review slimming tea yang diconsume baru dua tiga kali. Mesti ada yang pernah guna atau liaht Clenx Tea ini di kedai-kedai seperti Watson, Guardian dan banyak lagi (Gambar ehsan Google.com)


Oleh kerana doktor menyarankan agar saya menurunkan berat badan untuk mudah hamil dan menstabilkan hormon dalam badan, saya telah memulakan proses penurunan berat badan dengan mendetoxkan diri dengan Clenx Tea! ehe

Hari pertama minum 6 Dis 2016, perut belum meragam banyak lagi. Cuma pembuangan air besar menjadi lancar.

Hari kedua minum 7 Dis 2016 iaitu semalam.

Kesan mula terlihat iaitu saya sering ke tandas untuk membuang dan perut akan sakit secara tiba-tiba da saya akan kelam kabut mencari tandas hahaha. Tepai rasa lega selepas membuang kerana rasa perut ringan.

Semalam jam 3 pagi tiba-tiba syaa terbangun dari tidur kerana sakit perut dan terus ke tandas. Perghhhhh punya banyak 'toxic' dalam badan yang dibuang dan bau tandas fuhhhhhhh sangat-sangat busuk!

hahahha saya rasa lucu pulak bila mengenangkan bau yang sanagt busuk datang dari badan saya sendiri. Oleh itu saya bertekad untuk meneruskan proses diet saya dengan gigih selama 2 bulan ini untuk menurunkan berat badan saya yang naik setinggi langit ini.

Untuk rekod, berat badan saya setakat 6 Dis : 80.8kg

Sasaran: 58kg (berat normal) - agak mustahil

Oleh itu, saya berazam untuk buang 3 kg sebulan dahulu dalam dua bulan ini.

Sasaran selama dua bulan : 6kg.



huhuhuhu boleh ka aku

Fairuz Saidi
TTC

Tuesday 6 December 2016

Rawatan Kesuburan Part 3 di Rafflesia Medical Centre - 6 Disember 2016

Assalamualaikum w.b.t

Pada mulanya saya dengar daripada kawan yang rawatan kesuburan boleh dibuat di Rafflesia Medical Centre dengan kos permulaan sebanyak RM100+. So, saya nekadkan diri untuk call buat appointment di Rafflesia Medical Centre (no telefon boleh rujuk website RMC ya puan puan semua
Rafflesia Medical Centre )


Saya booking tarikh 29 Nov 2016. Nurse tnya mau booking Doktor siapa, ada dua Doktor, Dr Nur Idayu atau Dr Siva Rani. saya kata mana-mana pun boleh yang penting perempuan. So nurse bagi Dr Siva Rani.

Lepas seminggu, datang SMS daripada RMC kata Dr Rani x dapat commit pada 29hb kerana pulang ke India masalah keluarga. So tunda ke 1hb Dis. Tup-tup 29hb Nov tu pulak period datang, terus saya call RMC balik bagitahu tunda 1hb ke 6hb Disember 2016 kerana x dapat scan tengah period.

So, 6 Disember 2016, saya pun drive ke RMC yang terletak di Taman Millenium Kepayan, tidak jauh dari Airport. Temujanji pukul 10pagi. Saya register dikaunter. Tidak lama kemudian nurse bawa saya untuk timbang berat dan cek tekanan darah. Lepas tu tunggu untuk masuk jumpa doktor.

Tidak lama dalam 10minit macamtu, boleh masuk bilik doktor. Sesi soal jawab latar belakang haid dan seksual aktiviti bersama suami seminggu berapa kali.

Saya beritahu doktor yng saya sudah buat test darah di Luyang, tapi x bawa result (lupa dimana letak dirumah haahha). So doktor scan ultrasound untuk cek keadaan rahim, dan keputusannya adalah rahim NORMAL tiada masalah.

Doktor terangkan masalah saya adalah PCOS (Polycystic Ovary System). Doktor tanya kalau pernah dengar PCOS. Saya kata pernah lah tapi saya keliru apa beza dengan fibroid. Doktor pun terangkanlah fibroid tu ketumbuhan di rahim, saya tiada fibroid tapi ada PCOS. Lepas tu doktor kata, u google saja PCOS nanti keluar u bacalah hahahha. Sabar ajalah dengar. Saya minta doktor terangkan juga, so doktor pun terangkanlah yang ringkas kitaran dalam ovari tu pasal hormon-hormon yang ada. Kata doktor, telur saya dalam ovari ada tapi pengeluaran tu mungkin terbantut sebab kadar hormon progesteron saya yang rendah dan estrogen saya yang tinggi berpunca daripada lemak dalam badan dan juga estrogen dalam ovari tu sendiri.

Doktor pun nasihatkan lagi benda yang sama mcam doktor di LPPKN dulu untuk saya kurangkan berat badan sebanyak 5kg sekurang-kurangnya untuk normalkan balik period saya yang terganggu.

Oleh kerana saya baru lepas habis period, doktor cadangkan untuk saya buat terus HSG x-RAY test untuk cek saluran tiub fallopian samada bermasalah/tersumbat ataupun masalah lain. Saya laju tanya jumlah kos, doktor kata dia x tau. tanya dekat luar hahaha.ciss. saya bawa RM500 ja di tangan.

Dekat luar tanya nurse, kos dalam rm350 katanya.saya kata ok lah boleh buat. ingatkan dalam tangan cukup la RM500 hahaha.

So, saya buat HSG Test terus. Nurse datang buat soal jawab dulu n tandatangan borang pengesahan buat HSG Test. Nurse tunjuk kaedah HSG test tu dan rasa mcam senggugut sikit katanya.

Ikut nurse masuk bilik x-ray tu, tukar skirt saja n spender.

Baring atas katil xray tu tunggu doktor datang. Nurse datang inject antibiotic lepas tu.

Doktor tu datang dan terus buat proses memasukkan spekulum plastik tu. Mula-mula dia bersihkan dulu la hahahaha baru masukkan spekulum tu. Rasa ngilu hahaha.

Yang funnynya, doktor dah siap masukkan peralatan tu didalam vagina, tinggal inject dye. Suddenly spekulum tu terlompat keluar hahaha doktor pun bebel, "Look. U keraskan badan u tengok It jumped out from ur vagina" kata doktor tu hahaha. Lepastu doktor masukkan balik la peralatan dia tu. Dn terus inject dye ke dalam.

Hah memang betul rasa macam kena senggugut hahaha senak dibawah. dalam 5 minit lebih macam tu lah tunggu untuk di xray. Bila dah ready untuk xray, spekulum tu supposely masih di dalam tu tiba-tiba terkeluar semula hahahaha. Doktor kata, x apalah, its all inside sudah juga. Cepat-cepat x-ray katanya.

So tunggu x ray dalam 10 minit lebih kurang, x lama pun. Dah siap.

Pastu tukar skirt, and tunggu doktor panggil.

Doktor panggil masuk bilik. Alhamdulillah semua ok. Tiub ok tiada tersumbat.

So, doktor start dengan treatment semua dia bagi Clomid untuk makan 5 hari dari hari kedua period hingga hari keenam.

Doktor kata bayar dekat dia RM100 cash, and the rest bayar dekat farmasi.

Ok keluar dari bilik doktor, tunggu nurse bagi bil n pergi farmasi.

Buat pembayaran. Mak aih.....bila jumlahkan RM529.50 ..semua kos consultation RM45, Scan Ultrasound RM45, ubat rm80+, HSG Xray RM350, lepas tu x ingat apa lgi dalam resit tu...jadilah jumlahnya RM529.50...kalau masuk upah doktor tu minta dalam bilik RM100 tu, semuanya RM629.50 ....mmm nasib baik ada bawa kad kredit...byr guna kad la jawabnya...
Update Gambar Resit pada 6 Dis 2016

So, skrg kena tunggu hari kedua period untuk makan Clomid, dan datang semula jumpa doktor hari ke12 tu dengan bawa result test darah dar Klinik Luyang serta keputusan air mani suami.

So 8 Dis 2016 ni kena pergi Klinik Luyang untuk buat test air mani tu. Result 2 minggu boleh siap.

Sekian tulisan untuk proses rawatan di RMC.

Fairuz Saidi
TTC

Rawatan Kesuburan Part 2 di Klinik Kesihatan Luyang, KK - September 2016

Assalamualaikum w.b.t

Ya, selepas setahun berlalu dengan jayanya, saya meneruskan percubaan rawatan kesuburan saya di Klinik Kesihatan Luyang Kota Kinabalu pada 15 September 2016.

Dengan nekad, saya bawa En Suami untuk jumpa doktor ke Klinik Luyang dan ambik no di kaunter pendaftaran. Kalau mau datang Klinik ni, dinasihatkan bawa kawan untuk double park menunggu ataupun datang seawal mungkin kerana kekurangan tempat letak kereta. Nasib kami baik kerana berjaya mendapat parking pada hari tersebut.

So, di klinik tu, register macam biasa di kaunter, ambil nombor. Bagitahu saja di kaunter, datang untuk buat rawatan kesuburan. Dua-dua kena datang sekali ya ambik dua nombor. En suami dan isteri.

Dapat No dan dapat bilik No.8. Maka duduklah kami menunggu giliran diluar bilik No. 8 dengan tekunnya selama hampir 2 jam dan tibalah giliran kami.

Bila jumpa doktor, sesi soal jawab latar belakang perkahwinan dan kitaran haid. Doktor maklumkan kedua-duanya kena buat test.

So, doktor siapkan borang test darah untuk hari normal, hari ke-2 selepas selepas dari hari pertama period dan hari ke-21 selepas dari hari pertama period.

Bawa borang, tunggu giliran test darah di bilik No. 18. En Suami dapat briefing proses penghantaran sampel semen hendaklah dibuat pada awal pagi dan kena berpuasa untuk bersama isteri sekurang-kurangnya tiga hari sebelum proses persampelan. Memandangkan jam sudah pukul 11pagi, maka tertangguhlah lagi persampelan si suami hahahaha.

Saya meneruskan proses test darah hari normal tu, menunggu tidak sampai 15 minit dan siap! Keputusan akan diperolehi dalam tempoh sebulan.

Pada 17hb September 2016 tu hari pertama period, jadi 19hb September tu saya pergi lagi Klinik Kesihatan Luyang untuk ujian darah hari ke-2 selepas hari pertama period. Proses x sampai 15 minit dan siap! Sama juga, keputusan dalam tempoh sebulan.

Kiraan saya hari ke-21 saya adalah pada 8 Oktober 2016 dan pada hari Sabtu. Pengambilan darah di Luyang tidak dibuka pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum, jadi Nurse maklumkan kena test darah di Kecemasan Hospital Queen Elizabeth dan result akan dimasukkan secara online.

Hari-ke21 saya ke Hospital Queen Elizabeth KK dan naik ke tingkat 1 untuk ujian darah. Keputusan juga dalam tempoh sebulan.

Pada pertengahan November yang lalu saya telah pergi semula ke Klinik Kesihatan Luyang untuk mengambil keputusan ujian darah saya. Ulasan Doktor selepas melihat keputusan tersebut, ujian hormon tu tiada masalah. Semuanya NORMAL. Alhamdulillah. Cuma pending lagi adalah ujian sampel air mani suami hahahaha yang belum lagi dibuat.







Oh ya, kos keseluruhan untuk rawatan di Klinik Kesihatan Luyang adalah yuran pendaftaran biasa sahaja iaitu RM1. Pertama kali datang, saya bawa GL Kerajaan. Bayaran seterusnya cuma RM1 sahaja setiap kali temujanji.

Sekian tulisan untuk rawatan September- November 2016.

Fairuz Saidi
TTC


Rawatan Kesuburan Part 1 di LPPKN Klinik Nur Sejahtera, Kota Kinabalu - 2015

Assalamualaikum w.b.t

Entri ditulis berkaitan proses mendapatkan rawatan yang saya pergi tahun 2015 sebenarnya. Kalau tidak silap pada bulan Ogos 2015.

First step;

Saya dapatkan no telefon Klinik Nur Sejahtera Api Api Centre Kota Kinabalu dulu melalui Google.com (thank you google :P) - buat yang mencari boleh search saja di internet ^_^

Lepas tu buat appointment dengan klinik tu untuk rawatan kesuburan.

Lepas dapat tarikh, saya ke Klinik tu untuk jumpa doktor.

Semasa konsultasi, doktor buat semakan latar belakang perkahwinan, turun naik berat badan dan kitaran haid saya yang tidak tetap dan bermasalah. Selepas sesi soal jawab, doktor terangkan yang berkemungkinan kadan penurunan dan kenaikan berat badan saya yang menyebabkan haid saya terganggu.

hmmmmmm....bermasalah sungguh berat badan ini..turun sekejap sebelum kahwin, naik mendadak selepas kahwin sehinggalah sekarang.

Doktor nasihatkan untuk turunkan berat badan dahulu, dan minta saya bayangkan betapa beratnya saya jika ditakdirkan mengandung nanti bertambah dengan berat badan sedia ada. Kemungkinan besar akan dapat penyakit lain diabetes dan lain-lain penyakit orang banyak lemak ni aduihs.

So, masa hari rawatan tu Doktor start dengan cek pap smear dulu. (Proses cek pap smear boleh google ya puan-puan semua hehe). Kos cek up pap smear dulu x berapa ingat tapi rasanya x berapa mahal. less than rm50 - rm100 rasanya.

Dan doktor suruh datang semula untuk test darah hari kedua period dan seterusnya.

Memandangkan period saya tertunda-tunda selama 4 bulan tahun 2015 tu, akhirnya proses test darah hari kedua tu tertangguh.

Selepas 4 bln tu, period datang, hari pertama period tu saya call semula Klinik Nur Sejahtera tu, untuk buat appointment test darah. Tanya kos dulu. Lah rupanya kena sedia rm250 lebih kurang mcm tu untuk test darah hari kedua, hari ke21.

Fikirrr panjang, hari period tu pulak dompet sudah ksong...ingatkan free hihi..ok tangguh lagi proses.

Tapi saya terus tanya keputusan pap smear hari tu.. Nurse semak, result dah keluar. Alhamdullilah, result Pap Smear saya O.K hihi.

Sekian tulisan untuk rawatan di LPPKN Klinik Nur Sejahtera Api-Api KK

Fairuz Saidi
TTC