Nuffnang Ads

Tuesday 6 December 2016

Rawatan Kesuburan Part 2 di Klinik Kesihatan Luyang, KK - September 2016

Assalamualaikum w.b.t

Ya, selepas setahun berlalu dengan jayanya, saya meneruskan percubaan rawatan kesuburan saya di Klinik Kesihatan Luyang Kota Kinabalu pada 15 September 2016.

Dengan nekad, saya bawa En Suami untuk jumpa doktor ke Klinik Luyang dan ambik no di kaunter pendaftaran. Kalau mau datang Klinik ni, dinasihatkan bawa kawan untuk double park menunggu ataupun datang seawal mungkin kerana kekurangan tempat letak kereta. Nasib kami baik kerana berjaya mendapat parking pada hari tersebut.

So, di klinik tu, register macam biasa di kaunter, ambil nombor. Bagitahu saja di kaunter, datang untuk buat rawatan kesuburan. Dua-dua kena datang sekali ya ambik dua nombor. En suami dan isteri.

Dapat No dan dapat bilik No.8. Maka duduklah kami menunggu giliran diluar bilik No. 8 dengan tekunnya selama hampir 2 jam dan tibalah giliran kami.

Bila jumpa doktor, sesi soal jawab latar belakang perkahwinan dan kitaran haid. Doktor maklumkan kedua-duanya kena buat test.

So, doktor siapkan borang test darah untuk hari normal, hari ke-2 selepas selepas dari hari pertama period dan hari ke-21 selepas dari hari pertama period.

Bawa borang, tunggu giliran test darah di bilik No. 18. En Suami dapat briefing proses penghantaran sampel semen hendaklah dibuat pada awal pagi dan kena berpuasa untuk bersama isteri sekurang-kurangnya tiga hari sebelum proses persampelan. Memandangkan jam sudah pukul 11pagi, maka tertangguhlah lagi persampelan si suami hahahaha.

Saya meneruskan proses test darah hari normal tu, menunggu tidak sampai 15 minit dan siap! Keputusan akan diperolehi dalam tempoh sebulan.

Pada 17hb September 2016 tu hari pertama period, jadi 19hb September tu saya pergi lagi Klinik Kesihatan Luyang untuk ujian darah hari ke-2 selepas hari pertama period. Proses x sampai 15 minit dan siap! Sama juga, keputusan dalam tempoh sebulan.

Kiraan saya hari ke-21 saya adalah pada 8 Oktober 2016 dan pada hari Sabtu. Pengambilan darah di Luyang tidak dibuka pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum, jadi Nurse maklumkan kena test darah di Kecemasan Hospital Queen Elizabeth dan result akan dimasukkan secara online.

Hari-ke21 saya ke Hospital Queen Elizabeth KK dan naik ke tingkat 1 untuk ujian darah. Keputusan juga dalam tempoh sebulan.

Pada pertengahan November yang lalu saya telah pergi semula ke Klinik Kesihatan Luyang untuk mengambil keputusan ujian darah saya. Ulasan Doktor selepas melihat keputusan tersebut, ujian hormon tu tiada masalah. Semuanya NORMAL. Alhamdulillah. Cuma pending lagi adalah ujian sampel air mani suami hahahaha yang belum lagi dibuat.







Oh ya, kos keseluruhan untuk rawatan di Klinik Kesihatan Luyang adalah yuran pendaftaran biasa sahaja iaitu RM1. Pertama kali datang, saya bawa GL Kerajaan. Bayaran seterusnya cuma RM1 sahaja setiap kali temujanji.

Sekian tulisan untuk rawatan September- November 2016.

Fairuz Saidi
TTC


No comments:

Post a Comment