Nuffnang Ads

Tuesday 7 July 2020

Keguguran untuk 2nd Pregnancy

Assalamualaikum w.b.t

Hi readers.

Lama tidak update Blog, bersawang nampaknya.

Selepas beranak Danish dulu, saya berjarum merancang kehamilan tetapi kesan-kesan yang saya rasa berjarum ini sgt tidak selesa contohnya badan sentiasa lesu, hormon pun tidak menentu, period langsung tidak datang. Stress selalu. Paling worst ialah tiada rasa ingin bersama suami (ini betul2 merancang hahahaha).

Saya berhenti berjarum merancang kehamilan pada Mac 2019 dan 6 bulan selepas itu baru period datang balik.

Saya diet kurang gula dan minum supplement Herbalife sejak Nov 2019 yang lalu dan period jadi tetap dan badan rasa sedikit sihat berbanding ketika merancang berjarum tu.

Tapi bila stop merancang ni, pandai terbabas hahaha dan bulan Februari 2020 period tidak datang.

Awal Mac dulu saya check test kit dan dapat double line. Alhamdullilah, mengandung second baby selepas balik dari outstation di Semporna (Siap mandi laut, dakit bukit etc).

Saya buka buku di Klinik Kesihatan Menggatal dan review seperti biasa. Tapi malangnya masa review, doktor kata tidak nampak baby, hanya nampak kantung yang kosong.

Perasaan sangat risau dan sedih.

Saya ke Rafflesia Hospital semula jumpa Dr Rani dan beliau scan daripada bawah (Transvaginal Scan) dan hasil keputusan scan tersebut , ya betul...baby tidak membesar...

Gmbar Scan Rafflesia


Baby nampak samar2 dengan saiz 6 minggu sahaja (sepatutnya 14 minggu) dan Dr Rani advise untuk cuci rahim kerana baby tidak menjadi.

Saya ke KKIA Menggatal semula dan doktor advise tunggu sehingga janin gugur sendiri.

Pada masa PKP 26 April saya mula pendarahan sedikit tetapi tidak rasa sakit.

Pada 29 April rasa sakit semakin kuat, seolah2 perut cramp dan rasa sakit mcm mau beranak pun ada juga. habis darah kuar byk sampai tembus pad dan saya ke Hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas dan Doktor di sana keluarkan janin sebesar genggaman tangan bayi.

Sedih tapi redha. Ada hikmah disebaliknya. Allah akan berikan yang lebih baik buat hambanya.

Buat yang mengalami pengalaman seperti saya mungkin boleh merujuk contoh bacaan seperti link ini

http://drzubaidi.com/blog/hanya-nampak-kantung-saja/

Persoalan tersebut sama seperti yang saya alami.

Fairuz Saidi
8 Julai 2020.





Sunday 9 December 2018

Insurance (Saving dan Medical Card) untuk baby Danish


Salam,

Post hari ini saya bincangkan mengenai pembelian insuran berserta medical card untuk baby Danish.

Selama seminggu lebih saya mencari quotation pelan perlindungan untuk Danish, dan agak dilema untuk memilih mana yang bersesuaian dengan keperluan saya dan komitmen kewangan;

Saya buat research sendiri, kurang pasti samada boleh jadi rujukan pembaca atau tidak tapi ini yang saya telah summarykan dalam table (tidak berapa lengkap)
AIA ETIQA PRUDENTIAL GREAT EASTERN
rm169 sebulan rm173 sebulan rm150 sebulan rm200
Harga Bilik Hospital RM150 RM200 RM200 RM200
Bil Hari Hosp 120 hari setahun Tiada Had 150 hari setahun 180 hari setahun
Limit tahunan 100k, 5% tmbhn dr had tahunan asal setiap 2 thun utk 20tahun dan diberi jika jmlh tntutan 2 thun sblm itu <rm5k 150k 1juta 1.2 juta
tambahan 1juta dgn syrt setiap 2 thun meningkat 20% slma 10 thun dgn syrt tiada tuntutan dibuat 
Limit seumur hdup Unlimited unlimited unlimited unlimited
ICU max 120 hari setahun tiada had hari / caj seperti yg dikenakan terhad kpd 150k setahun max 90 hari setahun
Bekalan/khdmt hosp caj munasabah & biasa hgga had tahunan kesluruhan seperti yang dicaj seperti yang dicaj seperti yang dicaj
yuran bedah
yuran bilik bedah
yuran pakar bius
lawatan pakar  240 lawatan max 2kali lwtn harian 2kali lwtn harian 2kali lwtn harian
rawatan pesakit luar fisioterapi dan akupuntur 4k 1k x x
rwtn pnjgaan juruwrt d rumah 180 hari limit seumur hdup, limit rm3k 60 hari limit setahun, limit rm100 sehari 180 hari seumur hidup, seperti yang dicaj x
transplan organ/sumsum tlg caj munasabah & biasa hgga had tahunan kesluruhan seperti yang dicaj; tetapi terhad kpd 150k setahun x x
elaun tunai gov hosp max 120 hari setahun / RM100 tiada had hari setahun / RM200 x x
faedah penjaga harian  max 120 hari setahun / RM90 max 120 hari setahun / RM150 x x
kanser & dialisis 250k+750k seumur hidup seperti yang dicaj; tetapi terhad kpd 150k setahun seperti yang dicaj, 1.5 juta seumur hidup seperti yang dicaj; tetapi terhad kpd 1.2 juta setahun
emergency evacuation 1juta - - -
death benefit  RM50k death benefit RM79,750; hilg upaya kekal RM79,750 death benefit 40k; hilg upaya kekal 40k 22k; accident death benefit 15k, 36 critical illness 12k
death benefit pembayar free polisi sehingga 25 tahun / 2028 setahun tiada free polisi sehingga 25 tahun / 1800 setahun free polisi sehingga 25 tahun 
saving  umur 18, 20.6k umur 25, 22.6k umur 18, 20.7k umur 20, 49k

Setelah membuat perbandingan banyak insuran provider, akhirya saya memilih Prudential untuk insuran dan saving pendidikan Danish. RM200 sebulan.



Kenapa saya memilih Prudential..emmm ntahlah, banyak faktor juga sukar di describe hahaha.

Apa yang pasti, baru-baru ni Danish demam Viral Fever 38-40 suhu dan agen nasihatkan bawa ke Gleanagles Hospital. Mula-mula igt mau bawa ke KPJ Damai, rupanya KPJ walaupun ada medical card, kna standby RM500 untuk deposit. Jadi saya bawa ke Gleanagles.

Danish yang menggigil kesejukan lepas mandi air sejuk

Bil hospital 3 hari dua malam hampir 2k ++ dekat 3k..terkjut ya amat..tapi syukur ada medical card, jadi cuma perlu bayar RM40 sahaja untuk first registration dan medical record..



Danish masuk ward

Bil rawatan Danish - semuanya dibayar (kecuali RM40) oleh Prudential Alhamdulillah.

Mama Danish 
10/12/2018



Tuesday 27 March 2018

6 months Post-Delivery

Salam pembaca,

Lamanya tidak update post di blog ni.

Hari ini genap 6 bulan usia baby Danish bin Fandy Christopher yang dilahirkan pada 28 September 2017 dengan berat 2.8kg.

Macam sukar dipercayai tetapi syukur Alhamdulillah pada rezeki yang Allah beri.

Pengalaman semasa berpantang sama seperti ibu yang lain, pelbagai emosi penat letih tetapi gembira dengan kehadiran baby Danish di sisi :)

Mudah-mudahan baby Danish sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki sentiasa amin..

Hari ini Danish sudah boleh mula makan solid food yeayyy.

Semoga mummy rajin ya sediakan makanan sihat untuk Danish hehe.

Fairuz Saidi
28 Mac 2019

Monday 13 February 2017

Pengesahan Pregnant

Assalamualaikum w.b.t
Entri pasal hari tu jumpa doktor masa 8hb Feb 2017 :)

Sepatutnya hari tu 5hb sampai 8hb Feb tu Outstation jalan darat ikut big boss..tapi memandangkan sudah cek UPT positif, jadi saya minta excuse bos untuk balik awal ke KK dan dapat..big boss bagi balik awal ke KK naik flight dari LD 7hb tu..

pastu sampai saja KK badan rasa x larat selsema demam semua datang..sakit badan ya ampun..plan ke RMC 9hb dgn husband..tapi oleh sebab x tahan sakit badan, 8hb tu pergi la RMC..jumpa doktor Rani..

Sampi ja klinik, doktor senyum2 tanya ada good news ka? saya bagitau la ada cek UPT dan dapat positif..doktor tanya last period bila..8hb Jan..oh awal lagi kata doktor..kalau scan x nampak lagi..tpi confirmkan la guna test darah...

aku pun test darah la..doktor suru datang balik ambik result 3.30pm..time tu baru 10.30 pagi..mak aih lamanya mau tunggu...dapat MC tp mau datang balik 3,30 tu mmg lama la dgn sakit badan mengantuk demam selsema semua ada. saya pun balik ofis, sakit2 kepala siapkan slide mesyuarat...dalam jam 2.30 jalan semula ke RMC..

Result Darah : Positif pregnant

Result suda ada jam 3 tu..doktor panggil masuk dan senyum...GOOD NEWS kata doktor...sah pregnant...yeayyyy :) kalau kira dari hari pertama period terakhir tu, dalam 4 minggu usia kandungan.




Doktor bagi ubat 
a. Folic acid
b. Piriton untuk selsema
c. Ubat batuk
d. Duphaston - ubat kuat rahim untuk sebulan. Doktor cakap kena makan sampai weeks 16
e. Aspirin

Doktor cakap kalau ada panadol dekat rumah, boleh minum.

Lepas jumpa doktor terus balik rumah...minum ubat dan tidur...

Ok Kos jumpa dktor RM94 (termasuk caj test darah) + RM55 (byr cash dgn doktor) + RM258 (ubat sahaja)....OMG melayang2 wang kertas....

hari ni 14 februari...masalahnya selsema saya dan batuk2 x hilang2 lagi..ubat dah hbs minum...hmmm..smlm pening2..gusi sakit la pulak...

Fairuz Saidi

Saturday 4 February 2017

Rawatan Kesuburan Berhasil-UPT Result Hari ke-28

Assalamualaikum w.b.t

Entri hari ini pasal keputusan UPT yang saya buat pada hari ke-28 dan ke 29 4 Februari 2017 :)

Mode menulis adalah sangat happy mau post sini yang result UPT saya adalah POSITIF:)


Ok yang ni UPT strip yang pertama saya test semalam. 

Mula2 macam negatif, sbb mcm tiada line tpi lepas beberapa saat tu perlahan-perlahan keluar line kabur-kabur almost x nmpk pun..mula ragu2 sekejap. snap dan hantar dgn Husband. dia ckp mcm ada line. x puas hati lagi, forward pulak dgn Nadiah, dia ckp mcm ada. dulu dia pun mcm tu katanya bila dia test hari ke29. dia tanya hari ni hari keberapa, saya bagitau lah hari ke28..  pastu nad ckp, test la dgn Clear Blue Digital..

Saya siap tnya dgn Nad, mcmana ruopanya stirp baru yg belum guna. Putih bersih ka. Nad ckp putih bersih. saya x puas hati trus buka yg bru 1 lagi utk compare
haha, yg bwh putih bersih tu UPT Baru belum guna. lpas compare cpt2 msuk kotak balik.

mula2 ingat mau test lagi guna Clear Blue tu esok paginya sbb takut membazir kalau test lg nti x accurate sbb bukan kencing pertama lepas bangun tidur. tap oleh sebab tidak sabar mau cek dgn Clear Blue Digital tu, saya nekad untuk test semula jam 2 ptg tu. dan hasilnyaaa tadaaaa


Result Pregnant 1-2

maksudnya 1-2 weeks ago saya conceived..wahh happy walaupun menunggu Clear Blue tu kluar result mak aih bukan main lama lagi. 

terus whatsapp husband. haha.

tapi masih lagi ragu2 tu. whatsapp Nad lagi.

Oleh sebab untuk pengesahan lagi, hari ni hari ke29 since sudah beli 2 strip yg jenama Dip n Tell FOr Irregular Period tu, saya celup semula UPT strip kedua tu..


                         dan hasilnya mcm terang sikit dr smlm pnya tapi still kabur2 lgi.

Hehehe happy nyaa...cuma skrg kena berjaga-jaga untuk trimester pertama dan juga oppps belum pergi cek sahkan dengan doktor lagi ni huhu..9hb Feb baru dpt jumpa doktor Rani di Rafflesia.


Malam ni kena outstation dlu ke Tawau, Ld, Sandakan, Ranau huwaaaaa..

Mudah2an semuanya selamat aminn..

Semalam timbang sebelah ptg, ehh berat x naik. Masih 76.6kg..weird..sbb saya kuat makan 2 minggu ni ehehe

Fairuz Saidi

Monday 23 January 2017

Rawatan Kesuburan Part 7 - Keputusan Telur Selepas Pengambilan Clomid

Assalamualaikum w.b.t

Entri ditulis agak lewat sepatutnya post pada 19 Jan 2017 (Khamis) yang lalu selepas jumpa doktor tapi agak kemalasan dan kesibukan (konon) jadi post la hari ini hahaha.

19 Jan 2017 yang lalu adalah hari ke-12 cycle saya. Oleh itu, saya dan suami pun ke Rafflesia Medical Centre sebelah petang, temujanji dengan Dr Rani jam 2.45pm. Selepas lunch terus ke RMC, syukur senang dapat parking. Area ni parking agak terhad.

Lepas register di kaunter, nurse panggil untuk timbang berat dan cek tekanan darah. Yeayy berat turun tapi naik balik haha. 77.3KG masa ditimbang tu. So total lost kilo saya cuma 3.5kg dalam rekod doktor. Tekanan darah rasanya normal, 133/77.

Lepas tu doktor panggil masuk bilik. Doktor tanya ada makan clomid ikut timing yang diarahkan atau tidak, saya jawab ya ada. Doktor semak result air mani suami, katanya GOOD, Suami tiada masalah :) . Doktor tengok result progesterone, then doktor cakap ok confirm masalah hormon dihujung-hujung tu telur susah dikeluarkan. Hmmmmmmm..

Lepas tu doktor suru pergi buang air kecil dulu, lepas tu baru cek scan keadaan telur guna TVS (entah betul ka tidak nama alat tu).

Doktor masukkan alat tu dan teropong keadaan langsir rahim, doktor kata ok GOOD, Rahim dah ready untuk conceive. Syukuurr dalam hati hihi.

Doktor cek telur pulak di ovari kanan, dan doktor cakap lagi ok good, ada dua telur besar 16mm. Mungkin akan pecah lagi dua hari. Happy nya doktor, saya happy tapi masih blur hahahah.

Apa pasal x boleh rotate gambar ni hahaha. kalau x jelas sila zoom ya kwn2.opps jangan salah faham, itu baru telur belum jadi lagi hehe

Lepas tu doktor scan ovari sebelah kiri pulak, doktor terus cakap wow ada 1 telur yang lagi besar dekat kiri. This telur maybe akan pecah malam ini atau esok.

Ok, so mula bersama seks dengan suami mula hari ke 13, 14, 15, dan 16.

Doktor tanya kalau saya mau hormon, dia boleh bagi tapi mungkin agak mahal. Saya tanya berapa, doktor bising pulak, ''jangan tanya la berapa saya tak tau'' dia cakap. hahaha. Lepas tu doktor cakap, oh boleh juga u try dulu secara natural. 

"Lepas missed period, datang jumpa balik". Pesanan doktor sebelum kami balik. 

hihi saya dan suami pun happy dengar tapi x boleh terlalu berharap juga sebab ada terbaca ramai juga yang dapat telur yang matang tetapi tidak dapat disenyawa. hmmm tidak apa, usaha tangga kejayaan. Jadi kena berusaha hahahaha.

Kos hari ini RM116 semua sekali bayar di kaunter bil. Nasib baik tiada caj extra lagi hehehe sebab doktor kata bayar dikaunter kalau nak resit.

Update berat badan: Masih tidak berubah 76.6KG

Fairuz Saidi
TTC

Thursday 12 January 2017

Rawatan Kesuburan Part 6 - Keputusan Husband

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini ke Klinik Luyang untuk ambil result ujian air mani Encik Suami.

Drive dari Sepanggar 8.45, sampai Klinik Luyang jam 9.20 terus ambil nombor giliran dan dapat no giliran jam 9.25 untuk bilik no 8. Kami menunggu dengan penuh tabah sehinggalah jam menunjukkan jam 11.35am......hmmm 2 jam jg menunggu.

Hasil ujian adalah normal, syukur alhamdulillah. Doktor nasihatkan kalau mau buat rawatan kesuburan, jangan campur-campur doktor dan tempat rawatan. Kalu mau buat di Rafflesia, teruskan di sana. Kalau di kerajaan teruskan di kerajaan. Doktor tu tanya juga sapa nama Dr di Rafflesia, saya bagitau nama Dr Rani..ooo kata doktor, bekas doktor kami juga tu di Hospital Likas, ok tu dia..syukur lega hati dgr..hehe

Jadi doktor pun bagitau teruskan saja di Rafflesia, tanya next step, samada buat IUI di sana (berbayar mahal) atau minta refer di Hospital Likas (free). Jika kena buat IVF, RM10K di Hospital Likas. Keputusan husband normal, so tggu Dr Rani cek la untuk keputusan rawatan Clomid. Boleh bersama bermula hari ke-12 ke atas..tapi mula skrg pun boleh kata doktor tu hahaha.

Gambar keputusan ujian suami hehe..

Kos hari ini : free

Update berat badan
6 Dis 2016 : 80.8KG
13 Jan 2017 : 77.2KG
Penurunan : 3.6KG yeayyyyy

Fairuz Saidi