Nuffnang Ads

Monday, 23 January 2017

Rawatan Kesuburan Part 7 - Keputusan Telur Selepas Pengambilan Clomid

Assalamualaikum w.b.t

Entri ditulis agak lewat sepatutnya post pada 19 Jan 2017 (Khamis) yang lalu selepas jumpa doktor tapi agak kemalasan dan kesibukan (konon) jadi post la hari ini hahaha.

19 Jan 2017 yang lalu adalah hari ke-12 cycle saya. Oleh itu, saya dan suami pun ke Rafflesia Medical Centre sebelah petang, temujanji dengan Dr Rani jam 2.45pm. Selepas lunch terus ke RMC, syukur senang dapat parking. Area ni parking agak terhad.

Lepas register di kaunter, nurse panggil untuk timbang berat dan cek tekanan darah. Yeayy berat turun tapi naik balik haha. 77.3KG masa ditimbang tu. So total lost kilo saya cuma 3.5kg dalam rekod doktor. Tekanan darah rasanya normal, 133/77.

Lepas tu doktor panggil masuk bilik. Doktor tanya ada makan clomid ikut timing yang diarahkan atau tidak, saya jawab ya ada. Doktor semak result air mani suami, katanya GOOD, Suami tiada masalah :) . Doktor tengok result progesterone, then doktor cakap ok confirm masalah hormon dihujung-hujung tu telur susah dikeluarkan. Hmmmmmmm..

Lepas tu doktor suru pergi buang air kecil dulu, lepas tu baru cek scan keadaan telur guna TVS (entah betul ka tidak nama alat tu).

Doktor masukkan alat tu dan teropong keadaan langsir rahim, doktor kata ok GOOD, Rahim dah ready untuk conceive. Syukuurr dalam hati hihi.

Doktor cek telur pulak di ovari kanan, dan doktor cakap lagi ok good, ada dua telur besar 16mm. Mungkin akan pecah lagi dua hari. Happy nya doktor, saya happy tapi masih blur hahahah.

Apa pasal x boleh rotate gambar ni hahaha. kalau x jelas sila zoom ya kwn2.opps jangan salah faham, itu baru telur belum jadi lagi hehe

Lepas tu doktor scan ovari sebelah kiri pulak, doktor terus cakap wow ada 1 telur yang lagi besar dekat kiri. This telur maybe akan pecah malam ini atau esok.

Ok, so mula bersama seks dengan suami mula hari ke 13, 14, 15, dan 16.

Doktor tanya kalau saya mau hormon, dia boleh bagi tapi mungkin agak mahal. Saya tanya berapa, doktor bising pulak, ''jangan tanya la berapa saya tak tau'' dia cakap. hahaha. Lepas tu doktor cakap, oh boleh juga u try dulu secara natural. 

"Lepas missed period, datang jumpa balik". Pesanan doktor sebelum kami balik. 

hihi saya dan suami pun happy dengar tapi x boleh terlalu berharap juga sebab ada terbaca ramai juga yang dapat telur yang matang tetapi tidak dapat disenyawa. hmmm tidak apa, usaha tangga kejayaan. Jadi kena berusaha hahahaha.

Kos hari ini RM116 semua sekali bayar di kaunter bil. Nasib baik tiada caj extra lagi hehehe sebab doktor kata bayar dikaunter kalau nak resit.

Update berat badan: Masih tidak berubah 76.6KG

Fairuz Saidi
TTC

1 comment:

  1. sis, mau tanya hari yang doctor minta bersama tu mmg setiap hari dari 13,14,15 dan 16 ke sis bersama suami?
    emel: aisya.ayusha@gmail.com

    ReplyDelete