Assalamualaikum w.b.t
8hb Januari 2017 saya datang period hari pertama. kalau ikut kiraan cycle d apps My Calendar (apps utk catatan haid dan jangkaan period) saya period awal 9 hari dari yang dijangkakan. hmm bgs la kan hehe.
oleh itu, pada 9hb Januari 2017 saya mula makan ubat hormon Clomid yang di beri oleh Dr Rani hari tu, sebanyak 2 biji setaip hari bermula hari ke-2 period sehingga hari ke-6. 1 biji dos 50mg, maksudnya dua biji 100mg la sehari. byk jg kan.
Dari pembacaan, rawatan ubat clomid tidak boleh melebih 6 kali kitaran haid.
Oleh sebab period sudah datang, saya akan ke Klinik Luyang pada Jumaat 13hb Januari 2017 untuk semak keputusan air mani suami hari itu. dan mendapatkan laporan untuk di bawa ke Rafflesia Hospital.
Temujanji saya pada 19hb Januari 2017 2.45 pm di Rafflesia Medical Centre.
Mudahn2 dapat telur yang matang dan sbur hehehe.
Kemaskini berat badan:
Berat pada 6 Dis 2016 (ditimbang di RMC) = 80.8KG
Berat pada 10 Jan 2017 (ditimbang d rumah) = 78.2KG
Jumlah penurunan berat badan = 2.6KG
Syukuurrrr... long way to go!! Chaiyo3x
Fairuz Saidi
No comments:
Post a Comment